30 Buku Yang Saya Akan Simpan

30 buku saja yang Marie Kondo benarkan.

Hadi M. Nor
3 min readApr 7, 2019

Bersepah di Facebook dan Twitter pautan-pautan ke artikel-artikel tentang nasihat Marie Kondo yang mengatakan bilangan maksima buku yang seseorang tu patut ada ialah 30. Ada yang membantah, ada bersetuju, dan ada juga yang menggunakannya untuk menghentam book hoarders dan memanggil mereka poyo dan pretentious. Mendengar Marie Kondo berkata begitu, mereka seolah-olah dihulur tukul untuk menghentam pencinta buku.

Tak tahu mengapa pendapat perempuan setinggi 143cm itu membangkitkan animositi dalam mereka. Mungkin kerana mereka tak membaca dan benci diri sendiri kerana malas membaca.

Kepada yang belum maklum, Marie Kondo ialah seorang lifestyle coach Jepun yang kini popular dengan rancangannya ‘Tidying Up with Marie Kondo’ di Netflix. Dalam rancangan ini, Marie Kondo bersama penterjemahnya pergi dari rumah ke rumah keluarga di Amerika untuk mengajar mereka cara mengemas paling efisyen. Ini kerana keadaan rumah akan memberi kesan kepada psikologi dan mood anda.

Dia mengajar orang untuk memegang barang-barang mereka dan cuba memberi nilai dengan merasa – kalau tidak terpercik rasa gembira, barang itu harus dibuang. Dan sebelum dibuang, harus berterima kasih padanya dahulu. “Terima kasih, stokin. Terima kasih, baju Slipknot. Terima kasih, kaset KRU.”

Ya, pokoknya, itulah rancangannya. Kemas rumah. Saya tak faham tarikan dan hiburan rancangan ini. Saya cuba tengok. Tak menarik minat saya dan setiap kali dia bercakap dengan barang-barang pakaian seperti benda hidup, saya rasa kekok.

Mungkin memang kepercayaan orang Jepun untuk menghormati dan menganggap objek seolah-olah objek itu bernyawa dan berperasaan (kecuali binatang seperti ikan paus). Dan sebab itulah negara mereka bersih, makmur, dan maju sementara negara kita enggan melangkah ke arah kemajuan selagi akhlak selebriti-selebriti perempuan tempatan tak sempurna.

Tapi ramai betul yang menonton rancangan ini. Tarikan utamanya, saya kira, ialah kepuasan melihat rumah bersepah menjadi kemas dan personaliti Marie Kondo yang comel dan lembut. Marie Kondo tak reti berbahasa Inggeris tapi masih boleh menjadi hos rancangan popular di Amerika, membuktikan yang memang benar America ialah land of opportunities.

Dan Marie Kondo telah bertitah: setiap rumah hanya memerlukan 30 buah buku. Saya tak setuju, semestinya.

Tapi kalau Marie Kondo menekan laras pistol pada pelipis saya, mencekah pistol itu, dan dalam suara halusnya menyuruh saya mengemaskan rak buku, inilah 30 buku yang saya takkan buang* (*al-Quran tak disimpan di rak. Itu tersemat dalam hati lol):

1) Heartbreaking Work of Staggering Genius oleh Dave Eggers.

2) 9 daripada 10 Koleksi Sandman oleh Neil Gaiman. Alamak, ini saja dah 9.

11) The Beach oleh Alex Garland. Kadang-kadang saya melewati pantai utopia itu untuk berehat.

12) Infinite Jest oleh David Foster Wallace. Saya masih belum habis membacanya sejak tahun 2008.

13) Ah Fook. Salah satu novel bahasa Melayu kegemaran saya.

14) Devil’s Place oleh Brian Gomez. Kalau bukan kerana novel ini, saya tak give a damn langsung pasal buku tempatan.

15) The Wind-Up Bird Chronicle oleh Haruki Murakami. Susah nak pilih antara ini dengan Dance, Dance, Dance.

16) Savage Detectives oleh Roberto Bolano.

17) Far Side Collection oleh Gary Larson. Itu dua jilid.

19) A Moveable Feast oleh Ernest Hemingway sebab duh.

20) A Closed and Common Orbit oleh Becky Chambers.

21) Apartment 16 oleh Adam Nevill.

22) Salina oleh A. Samad Said.

23) Kala Bulan Bermain Biola oleh Wan Nor Azriq

24) Amerika oleh Ridhwan Saidi

25) American Gods oleh Neil Gaiman

26) Watchmen oleh Alan Moore

27) The Beach oleh Alex Garland

30) Tiga daripada enam jilid My Struggle oleh Karl Ove Knausgaard

--

--

Hadi M. Nor
Hadi M. Nor

Written by Hadi M. Nor

Catatan tentang video game, filem, muzik, buku, dan kadang-kadang kehidupan.

No responses yet