Bodoh Punya Spotify
Perbezaan kualiti Tidal dan Spotify sangat ketara. Macam langit dan bumi. Macam air Evian dan Cactus.
Baru-baru ini, ada pergerakan untuk memboikot Spotify.
Benda ini tercetus apabila Neil Young mengumumkan untuk menarik lagu-lagunya daripada Spotify.
Katanya, dia enggan berkongsi platform dengan podcaster terbesar dan juga anak emas Spotify iaitu Joe Rogan.
Neil Young tak puas hati kenapa Spotify membenarkan Joe Rogan menyebarkan maklumat palsu tentang vaksin.
Joe Rogan ialah podcaster terkenal dan paling berpengaruh. Apa yang dibincangkan dalam rancangan dia akan sampai ke telinga dan otak berjuta orang dari setiap pelusuk dunia.
Lepas Neil Young, Joni Mitchell pun minta turunkan lagu-lagunya. Begitu juga beberapa artis yang saya tak kenal. Muzik mereka takkan ada di Spotify selagi adanya Joe Rogan.
Isu ini buat saya curious tentang servis strim muzik yang lain. Terutamanya lepas membaca tweet daripada Gita Jackson, jurnalis Vice, ini:
Kualiti audio Spotify teruk? Saya ingatkan headphones murah saya yang menyebabkan audio teruk.
Saya pun cuba try test Tidal. Ada 1-month free trial, so why the heck not?
Kali pertama saya mendengar lagu di Tidal, saya rasa macam nak menangis.
Perbezaan kualiti Tidal dan Spotify sangat ketara. Macam langit dan bumi. Macam air Evian dan Cactus.
Selama ni saya hanya mendengar Spotify dan Bandcamp (untuk support indie lokal) saja. Bayangkan betapa terkejutnya saya bila mendengar setiap – ya, setiap – instrumen dalam sebuah lagu dengan jelas melalui aplikasi strim di phone. Bukan pLP record atau CD ya. Tapi phone.
Saya layan semua lagu-lagu kegemaran saya. David Bowie, Lorde, Kendrick Lamar, The Killers, M. Nasir, dan lain dan lain dan lain.
Sedap sungguh bunyinya. Rasa macam saya mendengar lagu-lagu itu buat pertama kali. Kalau tutup mata, saya rasa macam Lorde menyanyi betul-betul sebelah saya.
Saya juga tergerak untuk mendengar muzik yang jarang saya layan macam Luciano Pavarotti, Paco Peña, dan Charli XCX.
Akhirnya, saya boleh betul-betul menghargai craftsmanship semua lagu-lagu itu.
Dapat tangkap setiap not, setiap bunyi, dan setiap kali penyanyi tarik nafas. Kalau tak diedit keluar, saya pasti kita boleh dengar bunyi perut penyanyi berkeroncong kalau dia rekod lagu dalam keadaan lapar.
Satu hati saya mendengar muzik di Tidal. Dari pukul 7.54am. Saya tau dengan tepat pukul berapa sebab saya tweet ni:
Dari 7.54am sampailah 3.38pm saya baring layan muzik je. Saya tau pukul berapa saya stop sebab saya tweet ni:
Hari itu adalah salah satu hari paling bahagia dalam hidup saya.
Masalahnya, Tidal mahal. Plan untuk Tidal HIFI Plus ialah RM49.90 sebulan. Gila. Itu harga Netflix.
Plan yang paling murah iaitu plan Tidal HiFi pula ialah RM24.90. Masih mahal untuk saya, tapi masih boleh dipertimbangkan.
Saya tak boleh hentikan langganan Spotify untuk Tidal. Spotify ada banyak podcasts. Podcasts telah menyelamatkan saya daripada menjadi gila waktu Trilogi PKP.
Podcast fiksyen seram saya dan Pojam pun ada di situ juga. Jemput dengar.
Lagipun, dalam Tidal tak ada lagu Spider “Relaku Pujuk”. Spotify ada.
Terpaksalah saya terus ber-Spotify (Maaf, Neil Young).
Saya sedar, memilih Spotify over Tidal adalah downgrade yang tak masuk akal. Macam Ødegaard meninggalkan Real Madrid untuk ke Arsenal.
Jadi, saya simpan dua-dua dan terpaksa mencari cara untuk jadi kaya tahun ini untuk menampung hidup saya yang mewah ini. Terpaksalah hustle sikit. Kalau tidak dipecahkan telur, manakan dapat omelette.
Di sini, lepas menulis tentang platform strim muzik, saya rasa penting untuk saya mengatakan bahawa tiada servis strim muzik yang betul-betul bagus.
Streaming lagu adalah perkara yang selfish. Yang untung hanya kita. Orang yang menghasilkan muzik tu tak untung sangat pun. Dapat berapa sen je setiap play.
Kalau ikhlas nak menyokong artis kegemaran anda, lebih baik beli CD atau LP record atau kaset atau merchandise mereka.