Flame in the Flood (2017)

Survival game yang berpijak di bumi nyata walaupun berwajah kartun.

4 min readJun 12, 2021

--

Saya tertarik kepada mana-mana game yang menyentuh tema pasca apokalips. Tak kisahlah jenis apa pun — first-person shooter, RPG, point-and-click, platformer, dan sebagainya.

Saya tak pernah dengar tentang Flame in the Flood keluaran studio The Molasses Flood ini sehinggalah saya membaca Press Reset oleh Jason Schreier¹. Game ini dibina oleh otai-otai dari studio Irrational Games.

Bagi yang tak tau, Irrational Games ialah syarikat yang membikin siri Bioshock. Syarikat yang kita sangkakan gergasi takkan mati ini bungkus selepas mengeluarkan masterpiece bertajuk Bioshock Infinite, menghancurkan harapan semua peminat Bioshock.

Dalam Flame in the Flood, kita bermain sebagai Scout, seorang perempuan iras-iras Coraline versi menakutkan. Dia dan anjing dia, Aesop (lol), mengembara dari jeti ke jeti, pulau ke pulau, mengikut arus sungai yang deras. Ini adalah survival game maka matlamat utama kita adalah untuk hidup.

Scout sebenarnya tak adalah kental sangat. Cepat betul dia lapar dan dahaga. Kita kena menjaga tahap kelaparan dan kedahagaan Scout, juga tenaga dan kesihatan dia.

Macam survival game lain, kita kena rajin membina dan menukang barang-barang keperluan dan pakaian. Dan macam surivival game lain juga, ia ada satu benda yang saya cukup benci: weapons and tools degradation. Ertinya, semua barang yang kita bina takkan tahan. Dua, tiga kali, ia akan rosak lalu hilang. Penerimaan Breath of the Wild membuktikan bahawa ramai orang tak terganggu langsung dengan weapons and tools degradation. But not me, homie. Saya cukup benci.

Setiap tempat yang kita singgah ada sumber yang terhad dan berbeza-beza. Tugas kita adalah untuk mengumpul semuanya supaya kita boleh terus hidup. Kita kena mencari makanan dan barang-barang keperluan. Tapi, ruang dalam beg kita dan beg Aesop (ya, anjing kita pun tolong membawa barang kita. Aesop adalah salah satu sidekick terbaik dalam sejarah video game) terhad. Kita kena memanfaatkan ruang yang ada dengan cermat.

Flora dan faunanya juga lain-lain. Macam-macam jenis ancaman ada di setiap tempat. Babi hutan, ular, serigala, dan pokok-pokok beracun. Susah untuk mengelak serangan benda-benda ini. Babi hutan, misalnya, laju nak mampus. Babi hutan mampu mematahkan tulang Scout. Ular mampu meracun Scout. Poison ivy mampu membuat kulit Scout gatal-gatal. Bak kata Axl Rose, welcome to the jungle, it gets worse here every day.

Lepas menghabiskan sumber alam di satu tempat, kita kena bergerak dari situ menaiki rakit. Tempat yang kita tinggalkan akan hilang selamanya. Kita takkan boleh patah balik. Game ini tidak membenarkannya.

Mandayung rakit juga adalah salah satu cabaran dalam game ini. Kita kena memandunya dengan hati-hati dan mengelak macam-macam jenis halangan yang boleh merosakkan rakit kita.

Seronok juga mendayung rakit di sungai dalam game ini. Grafiknya lawa. Muziknya menenangkan. Lagu-lagu country. Kenapa bila ada cerita tentang pasca apokalips, watak utama mesti rakyat marhaen atau redneck? Last of Us, Days Gone, The Walking Dead, Zombieland, dan lain-lain. Adakah golongan atasan akan pupus? Kalau tak ada golongan atasan, adakah ia dystopia atau utopia?

Saya bersyukur juga mendapat tau tentang game ini bertahun selepas ia dikeluarkan. Menurut comments yang saya baca di laman Steam, game ini buggy dan banyak masalah ketika ia baru keluar. Malah, satu function yang penting iaitu mengosongkan bekas air yang penuh dengan air kotor pun tak wujud lagi dulu. Ia ditambah selepas ramai orang complain.

Kalau anda suka dengan corak permainannya, anda boleh main versi “endless” di mana perjalanan Scout dan Aesop tak berpenghujung. Anda boleh mendayung rakit anda sampai ke infiniti.

Platform: Windows, Switch, PS 4, Xbox One

[1] Buku Press Reset (2021) adalah tentang syarikat-syarikat game yang tutup. Kalau anda berminat nak tau betapa kejam dan gelapnya industri game, bolehlah baca. Cuma, sedih juga bila membaca tentang bakat-bakat luar biasa industri game yang hidup merana. Ini bukan buku tentang triumphs…

--

--

Hadi M. Nor
Hadi M. Nor

Written by Hadi M. Nor

Catatan tentang video game, filem, muzik, buku, dan kadang-kadang kehidupan.

No responses yet