HANGOVER SELEPAS DIRASUK SETAN — UNAVOWED (2018)
Bayangkan: satu hari, anda hilang ingatan dan mendapati anda telah melakukan macam-macam kejahatan tanpa sedar. Bukan, anda bukan Brett Kavanaugh. Anda hanyalah seorang detektif/pelayan bar/pelakon biasa. Dan anda telah dirasuk setan.
Unavowed ialah game point-and-click seram terbaik yang pernah saya main. Stasis mengecewakan. Bukan sebab tak seronok, tapi sebab saya asyik gagal melepasi level-level susah tanpa merujuk walkthrough. Saya tak pandai sangat main game puzzle sebab… saya tak pandai sangat. Tapi Unavowed sangat Uncomplicated; langsung tak perlu perah otak sangat untuk Unravel semua puzzlenya Untaranya mencari kompartmen tersorok, menyelesaikan teka-teki, mencari kombinasi untuk membuka peti besi, dan macam-macam lagi.
UNAVOWED: GHOSBUSTERS YANG LEBIH DIVERSE
Sedar-sedar saja kita di atas bumbung sebuah bangunan di Brooklyn, ada seorang lelaki misteri yang sedang menghalau setan daripada badan kita. Di sini, kita pilih siapa diri kita. Nak main sebagai lelaki atau perempuan.
Kalau anda identify diri anda sebagai “demon”, lelaki misteri di belah kanan skrin itu (namanya Eli. Huh. Tak adalah misteri sangat…) akan menggunakan kuasa elektrik untuk renjat anda (macam Pikachu). Kemudian anda akan dipaksa untuk pilih Man atau Woman.
Yang chokehold kita dari belakang itu ialah seorang perempuan cun bertudung — Eli memanggilnya Mandana.
Selepas itu, anda kena pilih antara tiga pekerjaan: polis, pelayan bar, atau pelakon. Ini akan menentukan permulaan cerita anda. Kalau anda pilih bartender, cerita anda bermula di dalam bar. Kalau polis, cerita anda bermula di dalam kelab malam. Saya cadangkan anda pilih pelakon kerana permulaannya amat brutal berbanding dengan yang dua lagi tu…
Dan rupanya kita telah dirasuk syaiton. Eli dan Mandana menghalau setan daripada badan kita. Dalam kala dirasuk itu, kita telah melakukan macam-macam kejahatan berskala epik. Antaranya pembunuhan beramai-ramai orang tak bersalah, memulakan kultus di sebuah bangunan terbiar, dan dosa paling seksi iaitu cuckolding.
Eli dan Mandana adalah anggota kumpulan pencegah mistik jahat yang digelar Unavowed. Mereka macam Doctor Strange sans cultural appropriation. Mandana ialah awek kacukan manusia dan jin (manjin?) yang kuat dan boleh membantu kita melawan raksasa, membuka pintu berat, dan memanjat bangunan tinggi.
Eli pula seorang ahli sihir api (Fire Mage) yang mendapat kuasanya ketika berumur 50 tahun, maka dia selama-lamanya 50 tahun (Dia telah hidup selama 93 tahun tapi tiada rancangan untuk menjadi perdana menteri). Eli boleh mengawal segala benda keapian. Dan satu kuasanya yang amat menarik ialah dia boleh membaca surat atau apa-apa dokumen bertulis yang telah dibakar. Dalam satu puzzle, untuk mengetahui satu kod, kita kena minta Eli membaca satu surat jemputan yang telah menjadi abu. Ertinya, Eli boleh membaca surat-surat cinta yang anda tulis 20 tahun lalu.
Nanti, anda akan berjumpa dengan detektif Vicki Santana (kalau anda main sebagai seorang polis, Vicki ni kawan anda). Dia ada pistol dan ada kemahiran detektif jadi dia berguna dalam puzzle di mana anda kena mengenalpasti mayat, menembak sesuatu dan sebagainya. Lepas tu anda akan berjumpa dengan Logan dan KayKay (kalau anda main sebagai bartender, Logan ini pelanggan anda). Logan ialah seorang Bestower, ertinya dia boleh nampak dan berkomunikasi dengan hantu. KayKay pula hantu seorang perempuan 10 tahun (wujud dalam bentuk bola terbang bercahaya) yang hanya boleh bercakap dengan Logan. Pengenalan Kaykay sangat comel. Dia menulis pada tingkap dan cermin untuk bercakap dengan kita.
Imejan Lovecraftian game ini yang buat saya tertarik. Saya suka cerita-cerita dan estetik “dewa lama” dan monsters dan ha ha ha nerd betul saya ni. Tiba-tiba malu. Dan game ini direkomen oleh JW Friedman, admin sebuah grup “bad books club” yang saya join di Facebook. Cita rasa dia sama macam saya; suka benda-benda pelik. Dialah juga yang rekomen game Tacoma, novel The Library of Mount Char, dan The Southern Reach Trilogy. (Saya pernah quote dia tentang esei Barthes di sini.)
Grafik game ini cantik. Kadang-kadang game retromodernism ni agak… gedik. Contohnya, Crossing Souls game yang hanya menjual nostalgia yang hanya peminat-peminat Ernest Cline je boleh suka.
Satu benda saja yang saya tak suka tentang game ini. Semua tempat adalah seperti diorama dan kita harus klik pada semua objek yang ada (ini memang fitrah game point-and-click) tapi, sebab ada sekurang-kurang tiga watak pada satu masa, kadang-kadang watak itu menghalang sebuah objek penting. Sakit hati betul bila benda ini berlaku.
Semua pilihan yang kita buat sebagai pemain ada kesan dan akan menentukan penghujung game ini. Kalau anda baik hati dalam apa-apa game pun (termasuk this game we call ‘life’), pasti benda baik akan berlaku pada anda. Saya, sebagai pemain paling kejam yang membunuh semua makhluk mistik yang saya kesan, membuat banyak keputusan yang salah. Ending saya macam celaka. Jadi, saya main balik.
KALI KEDUA
Pengalaman bermain lebih seronok pada kali kedua terutamanya kalau anda pilih watak yang lain-lain pergi ke sesuatu tempat. Misteri yang harus anda rungkai sama tapi bila anda bawa watak yang lain, cara merungkainya berbeza mengikut kebolehan watak yang ada. Contoh, Logan boleh bercakap dengan hantu yang berlegar-legar dekat dengan mayat untuk mendapat tahu tentangnya. Kalau Vicki pula, sebagai detektif, boleh menggunakan cap jari mayat itu untuk mendapatkan identitinya.
Juga, bila bermain kali kedua, anda mula perasan klu-klu yang membawa ke plot twist-nya…
SPOILER ALERT
.
.
.
Plot twist dia gempak.
PS: Saya main game ni dua kali sebab kali pertama saya screwed up dan menyebabkan kematian semua anggota Unavowed dan kemusnahan dunia. Menu utamanya pun bertukar. Sepatutnya ada kawan-kawan kita tapi jadi begini: