Hidup Berjiran — Happy City: Transforming Our Lives Through Urban Design (2013)
Perh, macam pesanan khidmat masyarakat.
Kalau dompet anda tercicir kat tepi jalan depan rumah, apakah kebarangkalian untuk anda dapat balik dompet tu?
Soalan ini bukan sekadar soalan hipotetikal tapi salah satu cara untuk menilai kebahagiaan anda.
Seorang pakar ekonomi, John Heliwell, mendapati dalam kajiannya bahawa kepuasan dan kebahagiaan yang datang daripada hubungan sesama manusia jauh lebih besar dan bermakna berbanding wang.
Kemewahan tak menjanjikan kebahagiaan. Sebaliknya, kemewahan mampu membuat kita bertambah murung.
Hedonic treadmill ialah satu fenomena psikologi di mana keinginan seseorang itu berubah mengikut kekayaan. Orang berduit selalu berlumba-lumba sesama sendiri (Itulah sebab selipar RM300 laku di negara yang selipar berkualiti yang murah dijual di mana-mana). Kalau kita selalu membandingkan diri dengan orang lain, kita akan rasa yang kita tak maju dalam kehidupan.
“Mo money mo problems,” bak kata Biggie Smalls.
Kepercayaan kita kepada jiran-jiran, polis, dan kerajaan memberi kesan yang lebih besar kepada kebahagiaan kita berbanding pendapatan. Helliwell percaya bahawa kita boleh menganggar kebahagiaan sesebuah kota dengan soalan dompet itu.
Kes-kes mental termasuk skizofrenia amat kerap di kawasan-kawasan penduduk di mana rangkaian sosialnya kurang. Keterasingan membawa padah seperti stres, sakit jantung, dan kanser.
Saya teringat forum Writers Festival di Singapura yang saya hadir tahun lepas. David Collier, seorang kartunis, menceritakan bahawa ramai kawannya di Kanada menghidapi kanser. Dia kira mungkin kerana orang Kanada tak cukup cahaya matahari. Jadi, dia selalu menasihati mereka untuk keluar. Malah, lukisan-lukisannya pun mengajak kita untuk keluar dan meneroka. Walaupun nasihat dia memang bagus, lebih wajar untuk kita keluar dan bergaul dengan orang.
Keterasingan adalah masalah besar di Amerika Utara. Kawasan kejiranan jauh dari kota. Rumah jauh dari kerja. Orang banyak menghabiskan masa commuting. Tak ada masa nak bertegur sapa. Lagipun, kena agihkan 4 jam untuk Facebook dan Twitter.
Sama juga dengan kita di Malaysia. Or at least, prevalent di kalangan kenalan-kenalan saya yang terperangkap di Lembah Klang ini.
Tapi anda mesti dah tahu betapa pentingnya hubungan baik sesama manusia terutamanya jiran. Entri ini untuk mengingatkan mereka yang pragmatik. Dan saya cuma nak kongsi apa yang saya baca dalam buku Happy City oleh Charles Montgomery.
Bagi orang Islam, semangat kejiranan dipupuk sejak kecil dengan sunnah Nabi. “Anyone who believes in Allah and the Last Day should be good to his neighbours.” (Al-Adab Al-Mufrad 102)
Orang Kristian selalu mengulangi kata-kata Jesus, “Love thy neighbour.”
Malah, famous sex offender Louis CK pun pernah berpesan, “The only time you look in your neighbor’s bowl is to make sure that they have enough. You don’t look in your neighbor’s bowl to see if you have as much as them.”
Berbalik kepada soalan John Helliwell tadi, saya pernah mengalaminya. Laptop kakak saya tertinggal di depan rumah dan jiran saya, Kim, jumpa dan bawa pulang. Dia telefon saya dan berkata, “Laptop ni sekarang aku punya. Aku nak jual.” Saya ketawa dengan gugup, tak pasti sama ada dia bergurau atau serius.
Saya rekemen:
1. Novel Open City oleh Teju Cole
2. Esei Unseen Mutuality oleh kawan saya Mindy Lim, seorang flâneur yang bawa kita jalan-jalan di pinggir London.
3. Filem The Big Short (2015) Best gila. Saya dah tengok kat Netflix 3 kali dalam masa dua bulan.