“I Chose Us Over Him” — Irishman (2019)

Ada spoiler.

Hadi M. Nor
4 min readDec 3, 2019

Beberapa minggu lalu, Martin Scorsese ada cakap sesuatu yang kontroversial iaitu, “filem-filem Marvel bukan sinema.” Anda boleh baca esei dia yang best nak mampus di sini.

Saya tak setuju. Tapi dia Martin Scorsese. Jasa dia kepada dunia sinema terlalu hebat. Bukan saja sebab filem-filem dia mengubah dunia dan hidup saya. Dia juga menubuhkan World Cinema Project pada tahun 2007 untuk memulih dan memelihara filem-filem yang telah ‘hilang’. Saya pasti Finas pun ada buat benda yang sama. Kan? … Kan?

Saya memang minat filem-filem dia sejak sekolah menengah lagi. Pada satu ketika, saya menonton Goodfellas empat kali setiap tahun (dah berpuluh kali tengok, masih geli hati menonton adegan, “I’m gonna go get the papers, get the papers”).

Filem ini 3 jam setengah. Mungkin sebab selama ini filem-filem Scorsese ditapis oleh studio besar. Mungkin Netflix tak berani nak minta dia potong apa-apa. Entah la. Yang pasti, tak rasa pun 3 jam setengah tu. Saya suka setiap saat. Saya pause untuk bancuh milo je.

Malas nak tulis sinopsis cerita. Saya penulis skrip. Kerja saya menulis sinopsis (lepas tu kena reject). Jadi saya copy paste je daripada IMDb:

Frank “The Irishman” Sheeran is a man with a lot on his mind. The former labor union high official and hitman, learned to kill serving in Italy during the Second World War. He now looks back on his life and the hits that defined his mob career, maintaining connections with the Bufalino crime family. In particular, the part he claims to have played in the disappearance of his life-long friend, Jimmy Hoffa, the former president of the International Brotherhood of Teamsters, who mysteriously vanished in late July 1975 at the age of 62.

Saya suka gila cara cerita ini dibingkaikan.

Filem ini mula dengan Frank Sheeran (Robert De Niro) di rumah orang tua. Dia duduk sorang-sorang, jauh daripada orang lain. Tiba-tiba dia mula bercerita sorang-sorang. Ceritanya tak bermula dengan macam mana dia kenal Jimmy Hoffa atau macam mana dia boleh bergelumang dalam dunia gangster. Tapi dengan perjalanan bersama Russell Buffalino aka Russ (Joe Pesci) ke majlis perkahwinan anak saudara Russ.

Kenapa dia pilih untuk membuka cerita dengan ini walaupun ini di titik pertengahan hidup dia? Sebab ini adalah permulaan kepada pembunuhan kawan baiknya Jimmy Hoffa (Al Pacino). Pembunuhan itulah yang membebankan jiwanya. Walaupun saya tau ada buku tentang dia bertajuk “I Heard You Paint Houses”, dalam filem ini kisah sebalik pembunuhan Jimmy Hoffa kekal misteri.

Watak Frank Sheeran ini takkan menjadi kalau diberi kepada pelakon lain dan diarah oleh orang lain. Wataknya agak membosankan, in theory, dan tak sesuai untuk dijadikan watak utama. Dia seorang pak turut. Hidupnya hanya untuk menurut arahan sejak dulu lagi masa dia seorang askar. Dia tak kompleks dan punk rock macam Henry Hill dalam Goodfellas.

Di hujung-hujung cerita bila mereka dalam penjara, Russ beritahu Frank yang dia sebenarnya tak nak Jimmy Hoffa dibunuh. Namun benda ini tak boleh dielakkan. Dan dia menyuruh Frank untuk melakukannya sebab dia tahu Frank akan menurut perintah. Dan Russ tak nak orang lain sebab dia tau yang Frank pasti akan memusuhi dia atau cuba menghentikannya.

Russ beritahu Frank, “I chose us over him.” Ini baris dialog kegemaran saya. Di sini, “us” bermaksud persahabatan dia dengan Frank. Dia amat sayangkan Frank. Bergenang juga air mata saya sekarang mengingatkan adegan Russ berkata kepada Frank, dengan penuh rasa bangga, “Look how tough I made you. You’re my kid.”

Kali terakhir Frank berjumpa dengan Russ adalah bila Russ dibawa ke gereja. Dia pelik tengok Russ pergi gereja sebab mereka bukanlah jenis yang sembahyang. Russ cakap, “Don’t laugh. You’ll see. You’ll see.”

Bila Frank pula tua, dia juga pergi ke gereja untuk meminta ampun atas dosa-dosanya, macam Russ (“You’ll see”). Namun, bila dia buat pengakuan dosa kepada paderi, Frank langsung tak menunjukkan rasa sesal terhadap semua pembunuhan yang dia telah lakukan. Sebab dia seorang askar yang hidup untuk menurut perintah.

Apa balasannya? Hubungan dengan anak-anaknya renggang. Anaknya, Peggy (Anna Paquin) langsung tak bercakap dengan dia sejak kehilangan Jimmy Hoffa.

Ramai orang merungut di internet dan menerbitkan thinkpiece menyoalkan kenapa watak Peggy yang dimainkan oleh pelakon hebat macam Anna Paquin dapat dialog dan screentime yang sikit. Bagi saya, Peggy memberi impak yang besar. Frank tak disayangi anak-anaknya sebab dia seorang yang menakutkan dan ganas. Kehadirannya tak disenangi mereka. Dia cuba mendapatkan kemaafan daripada mereka tapi ditolak. Kebisuan Peggy lebih tragis daripada pembunuhan Hoffa dan lebih kuat daripada bunyi tembakan pistol dan letupan dalam filem ini.

--

--

Hadi M. Nor
Hadi M. Nor

Written by Hadi M. Nor

Catatan tentang video game, filem, muzik, buku, dan kadang-kadang kehidupan.

No responses yet