Scarlet Hollow (2020) Episod: 1 & 2

Pekan terpencil. Rumah usang. Hutan dihuni makhluk misteri. Selamat datang ke kampung halaman ibu anda.

Hadi M. Nor
4 min readFeb 2, 2022

Ini kali pertama saya bermain narrative game berepisod yang masih ongoing dan nampaknya saya telah memilih game yang tepat sebab Scarlet Hollow is hella tight, yo.

Waktu post ini ditulis (2 Februari 2022), Scarlet Hollow hanya ada 2 episod. Menurut laman web Abby Howard selaku penulis/pelukis game ini dan juga pengasas Black Tabby Games, episod ke-3 akan keluar hujung bulan ini.

Tapi saya tak mengharapkan apa-apa sebab kita semua tau janji game studios adalah janji yang paling tak boleh dipercayai.

Tak kisahlah berapa lama, saya rela tunggu. Game ini telah menawan hati saya.

Ceritanya menarik, watak-wataknya berdimensi, dan ilustasinya charming. Walaupun ini game seram, unsur seramnya itu pada tahap santai. Macam Goosebumps dan Tales From the Crypt.

Naratifnya, menurut Kotaku, boleh bercabang dan menyimpang dengan jauh berdasarkan pilihan pemain.

Pilihan anda di character creation pun akan menentukan nasib anda. Pilihan jantina tidak akan memberi kesan tapi anda kena luangkan masa sikit dan fikir betul-beul bila memilih ciri-ciri tersendiri watak anda: Powerful Build, Mystical, Talk To Animals, Street Smart, Keen Eye, Book Smart, dan Hot.

Anda boleh pilih dua sifat. Setiap sifat ini akan memberi kelebihan berbeza. Contohnya, saya memilih Street Smart dan itu membolehkan saya untuk membuka kunci, menipu, dan membaca orang dengan senang.

Anda bermain sebagai seorang outsider yang tak pernah menginjak tanah pekan Scarlet Hollow sebelum ini. Mendiang ibu anda melarang anda untuk pergi ke sana walaupun itu tempat asalnya.

Dia dah mati jadi anda membuat keputusan untuk pergi juga kerana ibu saudara anda baru meninggal dan anda nak pergi ke majlis pengebumiannya.

Pekan ini terletak di kawasan pergunungan berdekatan dengan lombong batu arang. Bilangan penduduknya kecil. Tiada apa yang menarik di situ kecuali pemandangan yang cantik.

Tibanya di perhentian bas pekan itu, anda disambut oleh sepupu anda, Tabitha. Tabitha seorang perengus dan biadab. Cubalah buat baik macam mana pun, dia tetap akan melayan anda dengan teruk.

Saya rasa saya dah cukup diplomatik dengan dia. Saya pilih baris dialog yang baik-baik saja bila berborak dengan dia tapi dia tetap garang. Apa masalah minah ni, entahlah.

Walaupun Tabitha bitchy nak mampus, dia membenarkan anda untuk menginap di rumahnya sehingga majlis pengebumian ibunya yang akan diadakan pada hujung minggu.

Rumah penginapan anda usang dan kotor. Tuan rumah pula kurang ajar. Kucing rumah ini pun tak suka anda. Trip ini memang malang.

Hari anda bertambah baik bila anda pergi makan angin di pekan dan bertemu dengan seorang perempuan peramah bernama Stella dan anjingnya Gretchen.

Stella menyambut anda dengan senyuman mesra. Dia kenal anda siapa (semua orang di situ kenal anda kerana keluarga anda orang besar situ). Dan dia juga kenal Tabitha.

Anda akan banyak meluangkan masa dengan Stella. Dia akan membawa anda menjelajah pekan ini, memperkenalkan anda kepada kawan-kawannya, dan belanja anda biskut dan kopi.

Kemudian, dia akan membawa anda untuk menemaninya mencari “cryptid” atau makhluk misteri di dalam hutan. Di situ anda akan berjumpa dengan…

Saya tak nak bagitau. Spoiler.

Daripada trailer, game ini menjanjikan dateable characters untuk anda. Saya pasti mereka cuba menjerat anda dengan Stella. Dialah paling seronok, baik, bubbly, dan juga thicc af.

Saya… lebih sukakan Tabitha. Dia cranky dan comel (Walaupun saya getik bila lelaki cakap perempuan comel bila marah seolah-olah mereka tidak mengambil serius perasaan perempuan). Malangnya, Tabitha cousin watak utama. Tak boleh date dia.

Tapi, hey, inikan South Carolina. Ada kemungkinan kita boleh date Tabitha kalau game ini mentaati budaya lokal mereka yang agak songsang.

OK Google. Play “Forbidden Love” by Madonna.

Saya perasan dalam setiap choice-based game yang saya main, saya akan main dengan tertib. Saya akan jaga adab seolah-olah saya sedang mengawal diri saya yang sebenar.

Saya tak akan memilih dialog kurang ajar, saya takkan cuba untuk menyakitkan hati siapa-siapa dan saya akan membuat pilihan yang rasional dan logik. Saya takkan mengambil risiko.

Dalam dunia maya di mana saya boleh buat suka hati, saya masih membataskan diri. Rugilah. Dalam dunia sebenar tak bebas, dalam dunia game pun tak bebas.

Jadi, saya nak main balik dari awal. Kali ini, saya akan jadi orang berlagak, kurang ajar, dan malas. Saya akan melayan Tabitha sepertimana dia melayan saya dan saya akan menolak pelawaan Stella.

Saja nak tengok ceritanya akan bawa saya ke mana.

Scarlet Hollow dibeli di Steam.
Platform: PC, Mac

--

--

Hadi M. Nor
Hadi M. Nor

Written by Hadi M. Nor

Catatan tentang video game, filem, muzik, buku, dan kadang-kadang kehidupan.

No responses yet