Tiga Komik Tentang Cinta Lesbian
AMARAN: Ada lesbian.
Secara kebetulan, tiga daripada novel grafik yang saya baca tahun ini bertemakan lesbianisme. Kebetulan. Saya bukan sengaja mencari buku-buku ini atas dorongan nafsu fetisy ke apa. Sumpah.
On A Sunbeam (2018)
Penulis/Pelukis: Tillie Walden
Lepas membaca trilogi Wayfarer oleh Becky Chambers, saya ketagihkan cerita-cerita opera angkasa yang ringan. Satu subreddit menemukan novel grafik setebal 500+ ini kepada saya. Memang tak mengecewakan. Warm dan patuh woke culture macam novel-novel Becky Chambers. Dahlah ada pujian daripada Brian K. Vaughan di kulit depan.
Tillie Walden ialah seorang prodigy. Baru berumur 22 tahun dia sudah diangkat sebagai salah seorang pelukis komik terbaik. Bukunya, Spinning, memenangi anugerah Eisner pada tahun 2018.
Karya Tillie Walden ini bergenre fiksyen sains fantastikal romantis. Dan bergender perempuan. Tak ada langsung watak lelaki. Cinta perempuan sama perempuan bukan hanya norma, tapi itu sajalah yang mustahil sebab satu jantina saja wujud.
Ada tong sampahlah. Kalau anda percaya men are trash, anggap saja tong-tong sampah dalam buku ini lelaki.
Buku ini cerita kembara angkasa diselingi dengan flashback cerita cinta monyet. Saya lembut hati dengan cerita nostalgia dan cinta monyet sebab ia suci dan comel (Dan saya suka monyet).
Namun, tang nak habis, ceritanya berubah. Tiba-tiba jadi cerita heist. Saya suka anjakan dalam sesebuah cerita namun bila terlalu jauh, saya tak suka sangat.
Lukisan Tilie Walden amat memukaukan. Setiap panel macam sedutan daripada mimpi indah. Contohnya, roket dalam dunia ini berbentuk ikan koi. Bila terbang di angkasa lepas, nampak macam ikan koi berenang di ruang vakum. Gambaran itu membahagiakan dan menenangkan saya. Lepas membaca buku ini, saya buang pil-pil antidepresan ke dalam tong sampah dengan penuh keyakinan.
Blue Is The Warmest Color (2010)
Penulis/Pelukis: Julie Maroh
Buku ini telah diadaptasi ke bentuk filem yang memenangi Palme d’Or pada tahun 2013. Beberapa pengguna Twitter mengkritik filem ini sebagai, “filem lesbian yang dibikin untuk keseronokan lelaki straight.”
Saya terasa. Sebab saya lelaki straight yang suka gila filem tu.
Namun, bukan keseksualan yang buat saya suka filem tu (walaupun tak boleh dinafikan agak turn on tengok Adèle Exarchopoulos makan spaghetti). Saya tengok filem tu masa saya dahagakan filem realisme tentang cinta dan filem tu beri apa yang saya mahu. Itu je. Dan cerita dia best kot, come on la.
Balik kepada grafik novel:
Blue Is The Warmest Color dapat menangkap kejanggalan dan kekeliruan sexual awakening seorang remaja. Clementine ialah seorang remaja heteroseksual yang sexually awakened (?) oleh seorang perempuan homoseksual berambut biru bernama Emma.
Clementine tak pernah berbual dengan Emma. Cuma pernah bertentang mata sekali ketika melintas jalan. Pertembungan itu sudah cukup untuk buat Clementine jatuh cinta — dan obses — dengan Emma.
Saya rasa adegan di mana Clementine berjumpa dengan Emma buat pertama kali di dalam bar lesbian adalah genius.
Emma perasan Clementine asyik menjeling dia. Emma tahu Clementine sukakan dia namun Emma dah ada teman. Namun, kerana Clementine ialah seorang remaja, Emma reject dia dalam cara paling cool dan gentle sekali:
Cool dan gentle. Itu memang perwatakan Emma. Kontra kepada perasaan cinta Clementine yang intense. Sangat intense sampai saya segan nak tulis panjang pasal buku ni.
Laura Dean Keeps Breaking Up with Me (2019)
Penulis: Mariko Tamaki | Pelukis: Rosemary Valero-O’Connell
Buku tulisan Mariko Tamaki sebelum ini iaitu This One Summer (2014) jauh, jauuuh superior berbanding Laura Dean Keeps Breaking Up with Me.
Kematangan mendalam dalam This One Summer tak ada langsung dalam buku ni.
Saya sangat kecewa.
Buku ini macam satu siri original Netflix — ringan, klise, dan banyak gila moping teenagers.
Watak utamanya, Freddy, bercinta dengan seorang perempuan popular bernama Laura Dean. Laura Dean berkali-kali memutuskan hubungan mereka. Dan setiap kali mereka putus, Freddy sedih. Watak Laura Dean langsung tak menarik. Entah apasal Freddy suka sangat dengan dia.
Freddy senang betul makan pujukan Laura Dean. Mungkin sebab cinta? Tak taulah. Saya tak bodoh macam Freddy jadi saya tak faham.
Mula-mula saya ingatkan ada elemen magic realism sebab Freddy jumpa tukang tilik yang tau banyak tentang dirinya. Dan saya mula rasa cerita ini menarik. Tapi tak. Saya tak tau apa sebab watak tukang tilik itu diwujudkan. Dia datang, bagi spoiler cerita ni, lepas tu blah.
Ya, tukang tilik itu bagi spoiler. Dia bagi penyelesaian kepada masalah Freddy di bahagian awal cerita ini secara terang-terangan. Kalau ayatnya berkias, tak apa. Ini tak. Dia directly cakap, “Kalau kau nak mencapai ni, kau kena buat benda ni.” Freddy memang nak mencapai benda tu, lalu dia benda buat tu. Lepas tu, tamat. Tahniah, anda telah habis membaca buku setebal 289 muka surat ini yang sarat dengan klise filem remaja 80-an.
Ada satu je high point bagi saya. Satu ayat dialog yang buat saya ketawa dan saya rasa agak profound: “Watching anime is an intellectual pursuit.”