Robot Profetik – The Talos Principle (2014)

Game yang menggoyahkan kewarasan saya.

Hadi M. Nor
3 min readMar 23, 2021

Bayangkan: awak pakar terapi, saya pesakit. Saya masuk ofis awak pada tengah hari Selasa walaupun janji temu kita sepatutnya jam 10 pagi hari Khamis. Saya menjerit dan meracau kepada awak (dan pesakit yang sedang awak rawat ketika itu). Awak suruh saya bertenang. Awak menghulurkan segelas air. Saya menampar tangan awak. Gelas tu jatuh, berkecai atas lantai. Awak suruh saya mengucap tapi saya hanya boleh bercakap dalam kod binari. 01101000 001100101. Awak boleh nampak pada mata saya yang saya memerlukan pertolongan. Awak tak tahu apa masalah saya. Saya mula histeria. Awak cuba menyuntik ubat penenang. Saya lari. Awak kejar saya sampai ke luar klinik. Adegan slapstik kita dirakam orang ramai lalu menular dalam internet. Memang susah nak bayangkan senario di atas tapi kalau betul berlaku satu hari nanti, ia adalah sebab sebuah video game.

The Talos Principle berjaya buat saya takut. Ia game dari Denmark.

Denmark.

Game ni bukan game seram. Jauh daripada itu. Ia adalah game puzzle. Anda main sebagai seorang prophet robot. Dan puzzles dalam game ni adalah ujian daripada tuhan robot untuk menentukan sama ada anda layak atau tidak untuk menjadi prophet.

Ceritanya lebih kurang begini:

Anda terjaga dan mendapati diri anda di dalam sebuah kuil. Ada suara ketuhanan berkumandang, memanggil anda.

Saya tak pernah terganggu dengan cerita hantu dalam apa bentuk sekalipun – lisan, filem, game, buku. Saya sukakan aestetik seram dan hantu dan raksasa dan body horror dan sebagainya. Saya bukan seorang pengecut.

Tapi aestetik pasca apokalips yang realistik dan kehijauan macam Annihilation, Last Of Us, The Electric State, dan Talos Principle, sangat-sangat menakutkan. Saya tak tau kenapa. Imej macam bangunan kosong dilingkari pokok-pokok, kereta berkarat dan berlumut, jalan kosong... Rasa tak senang hati betul bila membayangkan dunia yang kosong macam ni. Pada masa yang sama, saya tertarik kepadanya.

Tapi yang membezakan Talos Principle dengan yang lain ialah elemen spiritualnya. Dengan lagu yang transcendantal, narator bersuara ketuhanan, persekitaran yang rupa macam rumah ibadat – gabungan semua elemen ini sangat menyeramkan. Tambah pula dengan lakonan suara yang robotik. Rasa macam terjerumus ke dalam uncanny valley.

Bagi yang tak tahu, “uncanny valley” ini ialah hubungan antara tahap keserasian sesebuah objek dengan manusia dan emosi manusia terhadapnya. Berikut adalah graf yang menunjukkan uncanny valley.

dicuri dari https://www.pinterest.com/pin/519180663276630982/)

Apa-apa benda yang menyerupai manusia tapi tidak menunjukkan emosi, seperti mayat, adalah menakutkan. Adakah itu sebab saya takut dengan Talos Principle? Sebab ia mengingatkan saya kepada kematian? Atau sebab keagamaan? Atau kerana ia membangkitkan rasa kesunyian yang total?

Entahlah. Apa-apa hal pun, saya tak habis main game ni.

--

--

Hadi M. Nor
Hadi M. Nor

Written by Hadi M. Nor

Catatan tentang video game, filem, muzik, buku, dan kadang-kadang kehidupan.

No responses yet