Tahan Sakit 1: Antidepresan
“Try not to depend on them.”
(PENAFIAN & SPOILER: Esei ini tentang macam mana saya mengatasi kemurungan dan anxiety dengan berjogging. Kalau anda mengalami masalah sama atau lebih serius, sila rujuk pakar. Apa yang berkesan untuk saya tidak semestinya berkesan untuk anda.)
Ketika doktor prescribed kepada saya pil antidepresan, saya rasa saya setaraf cacing parasit dalam usus babi.
Kenapa ada masalah macam ni sedangkan hidup saya agak senang? Saya aman di dunia tapi tidak di dalam kepala saya sendiri.
Saya ada masalah anxiety yang berpunca daripada kemurungan dan ketidaktentuan hidup. Ini bukan diagnosis seorang pakar. Ini saya buat palatao.
Izinkan saya untuk terus buat palatao:
Semuanya bermula selepas saya quit kerja 9–5 saya. Dalam satu bulan, saya kena serangan panik sebanyak dua kali.
Simptom serangan panik adalah lebih kurang dengan serangan jantung. Jantung kencang, pernafasan asyik tersekat-sekat dan sakit dada. Tangan berpeluh.
Saya betul-betul ingatkan saya sakit jantung terutamanya sebab ketika itu saya kuat merokok. Dunhill merah sekotak sehari.
Ia berlaku ketika saya sedang memandu pulang dari KLCC selepas menonton Blade Runner 2049. Dalam perjalanan, saya rasa jantung saya berdegup dengan kuat dan laju sekali seolah-olah ia sedang memainkan lagu fengtau.
Saya berhenti di stesen minyak dan cuba menenangkan diri. Turun kereta. Jalan-jalan, mundar-mandir. Duduk atas kerb jalan. Bismillah berkali-kali.
Sebuah kereta berhenti dekat dengan saya. Seorang lelaki berhenti nak pam tayar kereta. Saya agak lega nampak dia.
Sekurang-kurangnya kalau saya rebah, ada juga orang perasan nanti dan bawa saya ke hospital. Tapi, on the other hand, kalau dia orang bandar yang tipikal, dia akan buat bodoh.
Lepas lelaki tu blah, saya duduk dalam kereta dan menutup mata. Sepanjang kejadian ini, saya teringat tentang seorang pekerja production filem yang mati dalam keretanya di stesen minyak.
Saya fikir, kalau saya mati di situ, hidup saya juga akan reduced menjadi cautionary tale untuk orang kerja production.
Lama saya duduk di situ. Pelan-pelan serangan tu surut. Saya memandu pulang. Penat dan rasa macam nak berhenti dan baring sekejap. Tapi saya push juga untuk sampai rumah. Sekurang-kurangnya rasa lebih selamat di rumah.
Kali kedua pula, saya tak ingat sangat. Yang saya ingat ia berlaku di rumah.
Saya pergi ke doktor dan beritau saya ada masalah bernafas, sakit dada, dan macam-macam lagi. Doktor tu terus cuak dan suruh saya segera ke hospital.
Kat hospital pula, saya buat macam-macam ujian. Yang saya ingat ialah ECG. Ada juga ujian ala ultrasound di mana doktor menyapu gel pada dada saya dan guna alat untuk mengimbas ̶b̶a̶b̶y̶ jantung.
Yang paling seronok ialah ujian terakhir di mana saya dipasang macam-macam jenis wayar yang melekat pada badan kemudian disuruh berlari atas treadmill.
Kadar kelajuannya meningkat secara berperingkat. Rasa macam pemain bola sepak yang hadir untuk buat “medical”.
Doktor kata jantung saya okey. Tak perlu risau. Tak perlu ubat. Hanya perlu membayar bil.
Masa membayar bil, petugas di kaunter itu menggelakkan saya sebab kena bayar RM1000++ walaupun tak sakit apa-apa. Hospital swasta itu menelan duit saya macam tu saja. Bagi dia, benda ni sangat kelakar.
Anda mesti fikir, orang yang ketawa tu jahat. Tapi tak apa. Kerana tawanya beri saya keberanian untuk mengatasi sifat hipokondriak saya.
Saya tau gaya hidup saya perlu berubah. Saya tak nak melalui benda tu lagi.
Saya mula dengan tidur lebih awal. Seawal 10.30 malam. Mood saya jadi lebih baik. Saya bangun pagi pun senyum-senyum macam orang dalam iklan kopi.
Oh, saya juga kurangkan kopi. Tak minum kopi waktu malam mulai hari itu.
Namun, serangan panik tu datang lagi untuk melengkapkan triloginya. Tidur 8 jam sehari rupanya tak cukup untuk melawannya.
Saya berjumpa doktor, kali ini doktor yang lebih berpengalaman dan dah kenal lama. Doktor yang merawat satu keluarga saya sebelum kami berpindah ke Ipoh.
Dia tanya sama ada saya tertekan? Murung? Ada apa-apa yang membebankan saya? Putus cinta? Hutang ah long? Putus cinta dengan ah long?
Tak ada, saya jawab. Tak ada apa pun. Mungkin quarter-life crisis? Wujudkah “quarter-life crisis”, doktor? Atau adakah itu propaganda?
Dia bagi saya pil antidepresan.
Pil antidepresan nampak macam gula-gula Tic Tac. Kecil, biru, dan — dos yang diberi kepada saya — dikerat separuh.
Saya lega sebab akhirnya ada ubat untuk menghentikan anxiety dan kemurungan saya. Lega, dan kesal.
Sebab benda-benda macam “panic attack” dan kemurungan ni satu stigma terutamanya untuk jantan Melayu. Ini masalah orang putih dalam filem dan TV, macam Tony Soprano.
Jantan Melayu mana ada masalah macam ni. Mana ada Mat Kilau cakap, Guys, hari ni kita cuti daripada melawan penjajah sebab aku rasa macam down la hari ni :(
Saya pasti doktor itu nampak yang saya resah sebab dia terus berkata, “Keluarlah. Jalan-jalan. Tengok-tengok nature. Pergi bersenam.”
Sebelum saya blah, dia dengan serius berpesan kepada saya, “Try not to depend on them.”
Antidepresan tu. Try not to depend on them. Celaka. Cuak juga.
Sebab sekarang saya ada tanggungjawab yang agak besar iaitu menjaga pengambilan ubat itu.
Semua kawan-kawan yang tau saya ambil antidepresan ketika itu bertanya sama ada ubat itu membuat saya lali. Sejujurnya, saya tak ingat.
Yang pasti, ubat Tic Tac antidepresan itu membantu sebab saya lebih tenang selepas mengambilnya.
Tapi saya kena kurangkan kebergantungan kepada pil antidepresan tu. Kena cari jalan lain untuk mengatasi masalah saya.
Saya seorang city boy yang gemar duduk di dalam bilik berhawa dingin. Ini langsung tak sihat untuk mental saya. Saya kena dekatkan diri kepada alam sekitar. Jadi, saya keluar.
Tengok pokok-pokok hijau, rasa angin di muka, hirup udara segar. Touch some fucking grass, bak kata budak-budak sekarang.
Saya jumpa tempat yang terbaik untuk touch some fucking grass iaitu taman tasik yang dekat dengan rumah saya.
Ada jogging track keliling tasik itu. Tempatnya cantik. Aman. Dekat dengan rumah saya. Sebelah landasan kereta api. Rasa macam dalam game Stardew Valley.
Saya berjalan sambil mendengar muzik di iPhone, pusing-pusing 2, 3 pusingan setiap hari.
Masa tu, saya baru saja langgan Spotify Premium. Saya terlalu excited sebab semua lagu ada di hujung jari. Rasa macam nak mainkan sepuluh lagu serentak.
Saya berhenti mengambil antidepresan tu tiga hari kemudian. Terngiang-ngiang suara doktor tu pada telinga saya, “Try not to depend on them,” sampai termimpi-mimpi.
Jadi saya simpan sebagai kecemasan, dan hanya ambil kalau kena serangan panik lagi.
Pada suatu hari, saya perasan yang sudah empat minggu saya tak ambil antidepresan tu. Pil-pil Tic Tac itu ada lagi dalam paketnya.